Sunday, March 19, 2017

TOLONG SABARKAN AKU!

Tadi Nizam ajak keluar dinner. Dalam 9ishpm baru keluar rumah. Tapi tak decide nak makan kat mana. Sendiri pun tak tau apa sendiri nak makan. Mostly banyak kedai dah nak tutup. Aku cakap kita pergi makan kat tempat-tempat open lah macam kat TAPAK ke. But still tak datang idea nak kemana. Terfikir gak nak ke hawkers kat uptown damansara tapi macam jauh nau. Karang sampai sana dah pukul 10 pulak.
                    
Dalam kereta aku dengan Nizam suggest bermacam-macam tempat kat mana tempat best nak makan. Tanya KhaNish nak makan apa.. diorang pun tak ada idea nak makan apa.  

Memang selalu macam ni. bila nak makan je, mulalah otak jammed tak tau nak makan apa & kat mana. Ini selalu berlaku bila tiba-tiba orang ajak kau keluar makan. Kalau dah plan sebelum keluar nak pergi makan tu lain. Memang kita terus tuju je kemana kita nak pergi.


Nizam suggest ajak makan kat TAPAK kat Jalan Ampang. Aku cakap tekak aku tak rasa nak makan kat situ. Plus malam minggu mcm ni mesti ramai umat yang datang. Mesti susah nak cari seat. Cancel kat situ.. ada lah lagi few tempat yang aku ngan Nizam sebut tapi tak jadi. Last sekali Nizam cakap jom kita round kat Kampung Baru.


Masa lalu kat satu kedai ni, kemain ramai orang. Orang kata kalau orang ramai datang tu maknanya sedap. Kitorang pun try.

Tak panas bontot lagi duduk terus waitress datang hantar menu. Efficient sungguh. Dalam hati cakap mesti makanan pun cepat sampai agaknya.  Macam biasa, lepas dah order kita ni menunggu dengan penuh harapan yang menggunung tinggi.  

Mula-mula ok.. tak lama sangat menunggu. Few minutes after dat Danish punya order sampai. Dah half dia makan, Khairine punya pulak sampai. Aku & Nizam punya tak sampai lagi. Hati ni jahat jugak.. masih berkata-kata kenapa tak hantar sekali harung je.. bukan order asing-asing kot. Aku ilek je lagi.

KRIK KRIK KRIK. (Lepas sejam menunggu)

Asal waitress lalu bawak makanan je aku berharap makanan tu singgah ke meja aku. Dua kali tanya kat budak tu.. makanan saya tak sampai lagi. Ayat cliché “kejap ye nanti saya cek”, “kejap ye tengah buat” Bila dia lalu lagi bawak foods, aku usharrrrr je. Tigapat kali lalu tak jugak hantar. Dah kenapa berlama-lamaan sangat nih?!

Aku dah mula tak boleh sabar. Terus angkat bontot pergi kat cashier. Nizam tau sangat perangai aku.. kalau aku dah bangun dari kosi tu maknanya sesuatu akan berlaku. Masa tu memang tak boleh cakap elok-elok dah.

!@#$%^&*()_+(!@$$%%^*&()*^%@#&*@^$@($&

Kau tau kan macam mana ayat orang tengah lapar??? Aku malas nak buat dialog. Kau pikirlah sendiri apa yang aku hamokkan kat situ.

1 je ayat dia yang aku masih ingat “sorry kak, tadi jammed kat sini” maksud dia yang jammed tu sebab tadi ramai nau orang kat kedai dia. Pedulik ke aku?! Pastu dia tanya aku. “akak order apa tadi”? dengan lancar je mulut aku jawab “perlu ke saya jawab soalan awak tu? Pergi lah cek sendiri kat dapur” hambik kau! Dah lah panggil aku kakak.. ko ingat aku tua sangat ke apa? *matakeatas*


Terus mamat tu masuk dapur. Aku pun kembali duduk kat kosi. Dari jauh tu aku peratiiiiiii je mamat tu. Haram tak keluar-keluar dari dapur. Lepas tak ingat berapa minit tah, aku nampak dia keluar dari dapur. Pastu dia pergi kat tempat cashier. Lepas tu dia lalu sebelah meja aku. Masa dia lalu tu aku pandanggggggggg je muka dia.. dada ni dah berombak kencang dah ni.. kecik besau kecik besau je aku tengok dia. Sikit pun tak update aku apa yang terjadi lepas dia keluar dari dapur tu.

Tiba-tiba datang sorang waitress ni hantar food. Tak memasal budak tu pulak jadi mangsa aku. 

Lagi sekali !#@%#@Y$@$&(@%YI*&@$*

Aku tanya. Kenapa lambat sangat makanan sampai? Awak tengok ni anak-anak saya dah habis makan. Air pun dah habis makanan baru nak sampai. Ni saya punya. Yang suami saya punya mana?? Bila nak sampai??

Kau tau apa jawapan dia?

Dia kata FOOD YANG NIZAM ORDER TU SEBENARNYA DAH HABIS!!!! Menyirap tak? Bila kau tengah lapar, bila kau dah order dengan penuh harapan, lepas sejam dia kata benda yang kau order tu DAH HABIS!! Itu pun lepas kau dah pergi tuntut kat cashier dan bagi kata-kata makian sikit.

Masa food aku sampai tu aku masih lagi bebel-bebel macam joyah. Sempat Nizam tazkirahkan aku sikit. “dah lah jangan bising-bising.. tak elok depan makanan ni.” padan muka aku. Dia suapkan aku makan (perlu ke nak bagitau laki kau suap makan?) Terpaksa gak bukak mulut. Ikutkan hati ni memang aku tak nak makan dah.. rasa nak bla je dari situ.

Lepas ni jangan haraplah aku nak datang lagi. Korang kalau nak try datang sini pergi lah. Aku tak larang. Mungkin masa aku datang tadi bad luck aku kot tu yang potong mood nak makan.


#KakakSangatMarah
#KakakTakBolehSabar
#TolongSabarkanKakak



6 comments:

  1. Semangat dah baca ni....tup2 sampai part kena suap makan tu mami dah bantai gelak ������

    ReplyDelete
  2. perg .. kakak dah ngamuk.Amik kau...kau rasa pasti sentapkan dan nyesalkan tak kesudah ownwer kedai tu kalau baca review kakak.Sesuaaai sgt nah setepek baca puas2 review dr kakak Zaza ye.Nanti kita pun nak cikedout la kedai tu.

    ReplyDelete
  3. klu tengah lapar tak dpt makan memang mendatangkan amarah tu..klu saya pun terus boikot kedai macam tu

    ReplyDelete
  4. Sy pernah kena tp bkn kedai tu Sy sound gak baru dpt. Kalau tak lagi berjam2 tunggu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah