Thursday, April 2, 2015

Photo Case

Aku pasti ramai yang dah tau pasal Photo Case ni. Aku pun tau sebenarnya.. cuma tak pernah buat. Ni terpaksa buat sebab KhaNish dah nampak benda ni kat Times Square masa kitorang ke sana last week.

Bila dua beradik tu dah nampak.. mulalah complot diorang berdua berbisik-bisik sesama sendiri. Aku perati je perangai diorang. Bila tengah berbisik-bisik, aku terus sergah.. "Ha bisik apa tu??" terus tersengeh-sengeh dua-dua beradik. Tak lama lepas tu Khairine datang kat aku "Mummy, boleh tak kalau Khairine & Danish nak buat Photo Case?" kan aku dah cakap! diorang berdua ni sama je perangai.. kalau tak Danish yang cakap, Khairine yang akan datang cakap kat aku atau Babah diorang. Terpaksa lah layankan kehendak budak-budak ni.


Khairine pilih gambar Frozen.. sebab gambar Frozen ni sama dengan cover powerbank dia.. tu yang gatal sangat nak gambar Frozen juga letak kat cover handphone.. sama katanya.. Gggrr! Danish pilih gambar K-Pop.. siapa mamat ni pun aku tak kenal.. dia kenal lah.. tu yang dia pilih muka mamat ni. Kalau ikutkan aku, aku tepek gambar aku sendiri je kat belakang casing tu.. dah itu yang dia minat.. buat lah nak.. huh *keluarasapkathidung*

Create your own photo case.. pilih gambar, bayar, siap dalam masa 10 minit. Beli satu RM29.00 beli dua RM49.00. Harga termasuk dengan housing sekali. Cakap je kau pakai handphone chap apa.. kalau ada stok adalah.. kalau tak ada stok, tak ada rejeki lah gamaknya.

Contoh Photo Case dari brochure

Pilih pilih pilih.. jangan tak pilih ;P

Minah ni tunggu turn nak pilih gambar

Tunggu photo case siap. Nampak dah besar sangat dah budak ni.. haishh. Sport shoes dia aku boleh pakai.

 Siap.. photo case yang diidam-idamkan.. gambar frozen

Pun dah siap.. dengan gambar mamat K-Pop. Eh! apasal nampak macam juling je bijik mata kau dalam gambar ni dik?? hahaha

Kalau korang nak buat jugak, pergi ke Times Square.. booth dia kat tingkat 2 berdekatan dengan escalator sebelah hujung sekali.. berdekatan dengan lift transparent.

Actually aku pun nak buat juga. Nyaris-nyaris nak order online kat IG. Bila whatsapp tanya dia kata harga dalam lingkungan RM86 hengget. Fuh! mahal nak mati. Kalau buat kat Times Square baru RM29 je.

Cath Kidston

Niat dihati nak buat design Cath Kidston. Bila balik rumah rasa nyesal giler tak buat. Later lah buat.. bukan penting sangat pun.

10 comments:

  1. ooo cepat je boleh dapat rupanya...
    cantik

    new updated : http://bitttravel.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. kemain sorang k-pop sorang frozen..hehe..bila dah nampak benda comel confirmlah dorang nak kak..akak pulak terpengaruh..kikiki

    ReplyDelete
  3. ehh betul zaza...kat ig mahal kooooo..cecah ratus pun ade...merepek jek...tekejut aku bace citer ko nie...murah apeeeeeee....ishh ni tegedik2 nak buat gak nie...tapi aku suke note aku pakai casing bercover depan tu...leh ke buat gak...... nanti kene pi gak le sini heret incik lagi hhuhuhuhuh....

    ReplyDelete
  4. design Cath Kidston tu sedondon dengan layout blog ni..hehe

    ReplyDelete
  5. ok.noted.nti nk gi buat..rasa dah setahun tak ke sana..huhuhu..so blhla jejalan cuti mata kat BTS

    ReplyDelete
  6. HP aku togel jer jah. Belanja aku photo case satu...hahaha...

    ReplyDelete
  7. Teringat kat hp satu lagi masih belum berbaju.. tetiba rasa nak gedik kat hubby ajak ke sana.. hehehe..

    ReplyDelete
  8. Kalau letak gambar sendiri la best kot..hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah