Thursday, August 7, 2014

#RayaZaza2014 - Raya Pertama

Perlu ke nak hastag Jah?? perlu lah.. sebenarnya aku guna hashtag tu untuk kat IG aku je. Konon2 gambar raya tahun ni biarlah dalam satu hashtag tak bercampur dengan hashtag2 lain.. gittue.. apa-apa je lah Joyah.. ni Kak Jah nak cerita pasal Raya tahun ni.. Sambutan raya aku tahun ni macam biasa je.. bersederhana ajos.. so gambar yang akan dipamerkan ala kadar jugak.

Kepada yang dah baca entry Salam Kosong-Kosong haritu tau lah aku sampai Melaka haritu bila.


Pagi raya.. Dua beranak tu lupa bawak songkok.. berketayap lah korang. Sampin pun tak bawak.. hahaha. 

Haritu Nizam sound aku "berapa almari you bawak baju?" dengan pantas aku menjawab "yang you nampak ni baru satu almari je.. ada lagi tigablas almari lagi yang you tak nampak I dah siap packing nak bawak".. muahahaha.. hawau!! sebenarnya rasa bersalah kat diorang haritu.. barang2 aku, kain baju aku semua aku hangkut.. kena kat diorang.. songkok dengan sampin aku lupakan.


Menu di pagi raya.. gabungan tenaga bersama SIL aku.. wah hebat tak???!! 

Mintak ampun Bie.. tak senonoh bini you mintak ampun sambil menonggek.. hahaha.

Babah & Khairine.. sambil berdiri je.. ada ke patut gaya macam ni?? pffftt ;P 

Mummy & khairine.. Jangan nak pailang sangat yer anak.. lain kali mintak maaf dengan Mummy kaki tu kasi turun sebelah.. hehehe.

Babah & Danish.. amboiii kemain kau cium tangan babah kau tu yer.. nak duit raya lebih lettew hehehe.

Perasan tak warna baju kitorang hijau lain2.. aku dengan Khairine sama warna sebab baju kitorang beli kat kedai yang sama sebelum puasa haritu.. Baju Nizam & Danish sama memang sebijik sama lah masa beli lain2 saiz je. Masa pergi cari baju melayu diorang haritu lupa nak bawak baju aku untuk buat contoh cari colour. Balik rumah tengok hijau lain.. hahaha. Aku dah cakap kat Nizam tak payah lah exactly sangat colour hijau baju kita nanti.. sebab susah nak cari.. dia sangat degil yer.. nak jugak sama macam colour baju aku jugak. hujung2 memang dapat lain jugak.. hahaha. Boleh lah tu janji ado.

Bersama keluarga in-law.. Ni tak cukup quorum coz family Abang Nizam tak ada..


Sementara tu selit satu gambar selfie sket.. hehe


My family..

Lepas tu ada bergambar kejap kat luar rumah.. tapi gambar tak ada kat aku semua ada kat Nizam.. malas nak transfer so aku tampal apa yang ada je lah kat sini. 


 Khairine..

 Jangan confuse.. ni Kak Jah yer bukan pokok..hehehe 

Sob sob.. ni nak bagitau kat korang. Baju kebaya nyonya yang aku pakai ni longgar weh :( tak pasti lah samada badan aku dah mengecut ke atau baju ni yang mengembang.. haha. Masa ambik lepas alter haritu elok je fit kat badan.. bila nak pakai masa raya haritu dah jadi gelebeh2 besar macam pakai t-shirt.. hahaha. Aku pakai separuh hari je lepas tu tukar baju lain =( 

Ni depan rumah tua.. abaikan je lah apa yang tergantung2 kat belakang tu yer.. hehehe

Lepas tu pergi ziarah kubur then pergi beraya ke Kampung FIL kat Sungai Rambai Melaka.

Al-fatihah buat MIL.


 Singgah beraya kat rumah mak mertua Kakak Ipar aku.. 

Ada nampak pokok berjalan tak kat dalam gambar ni??? hahahaha.. Baju you sama kaler dengan pokok2 tu Bie.. hahaha. Dia pergi melawat kawasan kebun kampung Abah dia..

 Hasilnya.. diorang bawak balik pisang, kelapa lagi apa tah diorang angkut haritu.. Durian je tak bawak balik sebab durian diorang makan kat situ je. 

Lepas berjalan raya dua rumah, kitorang terus gerak balik rumah Cheng sebab ada orang nak datang rumah. 

Time tu lah Kak Jah cepat2 tukar baju.. nyampah aku pakai baju raya tu.. Dah lah geloboh besar.. lemas ai.. Lepas tu tak habis2 kena kutuk dengan Nizam "mana baju kebaya ketat you?.. kenapa tukar baju lain pulak ni?"  kongajau sangat kannn.. hahaha.

Pokok rambutan depan rumah.. 

Siapa2 yang datang beraya haritu mesti akan bawak balik seplastik buah rambutan ni.. daripada terbiar je kat pokok, lebih baik sedekah.. dapat gak pahala. 

Ok lah rasanya dah panjang sangat entry ni.. sok2 Kak Jah sambung cerita raya lagi ek..

Bye2 see you =)

23 comments:

  1. Dah kurus lettew kan. Gi alter balik baju tu...hehehe...

    Meriahnya raya korang.

    ReplyDelete
  2. Lawa je kak jah pg raya..lipstik kemahen merah...woww..terbuntang mata giteww

    ReplyDelete
  3. meriah gila kot beraya kat kampung!!

    ReplyDelete
  4. lebatnya buah rambutan tu.....bestnya nak makan petik je kat pokok kan...eniwey selamat hari raya zaza...hehe..baru nk wish coz baru start kerja...heheh..

    ReplyDelete
  5. Ku lihat...hijauuu... Bukan main anggun bergaya si Khairene berkebaya hijau, memang tewas Cik Jah dgn kebaya 'ketat' nya...hehe. Salam Aidilfitri Cik Jah sekeluarga... 0-0 ye...

    ReplyDelete
  6. hoi senah! ko baru buat entry 1st raya?! hahahaha aku pon belum buat,so ada geng.jap g aku nk up entry 1 st raya jugak! hahahaha. senah! lawa lah mung! khirine dh nmpk big girl sgt! siannya laki and anak teruna tu pakai ketayap,sampai hati mu!

    ReplyDelete
  7. babe, itu namanya you dah mengecut disebabkan hari tu jam pun longgar dah kann??? ^_^...

    ReplyDelete
  8. Selamat hari raya, Wahh semua hijau :)

    ReplyDelete
  9. Best kan beraya kat kampung.
    Kakak suka tengok pokok-pokok yg meriah dgn buah tu Zaza.

    ps: kakak terpikat dgn kain batik khairine - cantik!

    ReplyDelete
  10. sedondon...maknanya baju tu yang dah mengembang...hehehe

    ReplyDelete
  11. Yezzaaa..... mak dah nampak gambo mung yg atas sekali tu...tp mak layan ajos hehe....
    Sajalahkan nak cakap baju tu dah longgarlah apalah...sebenarnya saja nak bagi tau dah ramping kepimping lew tu hehe.....

    Bukan...bukan mak bukan ingat pokok ....mak ingat makhluk lain hehe
    Cantik dah tu hijau Bang Jebat ....tak yahlah nak sama bebeno....pesen sekarangkan kontra weyh!

    ReplyDelete
  12. Hahaha. Takda port baik ke nak salam mintak maaf. Dah macam apa dah jah gaya salam macam tu. Tak pernah nak merasa beraya dekat kampung ni. Meriah je nampak. Bila la nak ada kampung ni. uwaaa

    ReplyDelete
  13. cantik kaler hijau kebaya zaza tu...

    ReplyDelete
  14. meriah raye ko kak jah oiiiii...serius! tema kaler cantik.... baju ko ngan khairine mmg meletops...dah mcm adik ngan kakak je aku tgk.... lipstik kak jah buat dik leha makan hati jugak...huhuhuhu....

    lawak aku bace tang kain baju ko kemain ko angkut tapi barang laki ade tetinggal hhaahahha...mau die tak ngamok samping tuuuu..bende penting...tapi takpe tak de samping pun tetap hensemmmm...auwwww!!

    tu syok raye kali ni...musim buah sekali...aku ni dok pulun pulasan berbesen2 tu batuk2 nieh...perit tekak aku ni hah....

    ReplyDelete
  15. kira sedondon hijau jugak tu kak..nampaknya bulan puasa berjaya menslimkan akak ni..okaylah tu kak..xyah bising gemuk da kan.heee

    ReplyDelete
  16. wah kak jah dah kurus ler tue.. sampai kebaya ketat dah jadi longgar.. meriah betul raya kak jah yer.. tang bersalam pun paling tak tahan.. mcm2 gaya..hahaha.. hampa nie memang family sempoi la..hehehe.. pecah perut baca part dok bersalam2 tue..=D

    ReplyDelete
  17. Agaknya puasa slim sikit kot Zaza...tak pe lepas raya confirm tak gedobos lagikkk...ahahahaa...

    ReplyDelete
  18. salam. cantiknya akak ..hijau gitu heee :))

    ReplyDelete
  19. hijau warna baju tu memikat hatiku. hehe

    nanie warna kuning. jemput baca blog nanie. rindu akak lama x komen. hehe

    ReplyDelete
  20. ooo bru nampk kebaya nyonya nye cantik! huhu...syok nya ada kampong kn

    ReplyDelete
  21. Hehehhe dah kurus sebab puasa tu yg gelebeh rara eh zaza...tp cantik tau kebaya u ngan anak...kerlasssss....kikikiki terlupa bawa sampin suami ngan anak...songkok pun terlupa hehhehe lepas ni kena buat list nak packing barang raya kalo tak nangis di pagi raya nanti...juadah hari raya tuh sedap la zaza....hebat gabungan rentap dari keluarga di melaka....hehhehe

    ReplyDelete
  22. aiseyyy..terlambat terjah entry raya ni..kak jah dh selimmm tu yg lg longgar kot..hihi..ok je kaler ni..asalkan ijau jgk..tp lg cantik klu x exactly..lg cun..

    ReplyDelete
  23. Waa.. Akk puasa siap blh kurus gitu.. Ok la tu kak.. Sy pula xkurus.. Makin naik ke depan ada la.. Haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah