Saturday, February 2, 2013

Shopping Mopping di Hari Wilayah

Cermin ajaib :p

Semalam aku & Kak Syida menyambut Hari Wilayah kat Times Square. Hahaha poyo x bunyi??? 

Kisahnya saja je mengajak Kak Syida gi Times Square sbb KL kan choti.. Lepas dah buat perjanjian masa dan dimana nak jumpa dlm whatsapp, berjumpa lah kitorang kat sana terus.. Kebiasaan memang aku akan menggunakan ayat 'Janji Melayu' dengan kawan2 aku.. Baik berjanji dengan Shida, Ryta atau kawan2 aku yg lain.. 

Semalam janji pkl 11am kat depan starbucks Times Square, alih2 si Joyah tu sampai pukul 12pm.. Maunya aku tak meroyan kt situ??!! Aku memang berniat tak nak drive ke sana smlm. Tau je lah parking kt TS tu! Mahal nak meninggei... So dgn bantuan driver (sapa lagi kalau bukan sang suami ku yang gagah tu.. En.Nizam) hehehe.. Nizam hantar aku sampai dpn TS tapi kena menunggu si Cik Joyah tu sampai pkl 12pm.. Gggrrrr.. Nasib lah Nizam jenis yg x bising sbb kena tuggu lama.. Leh! lagi pn dia kena tunggu jg isteri dia ni. Karang kena kidnep sapa yg susah.. Hehehe (alasan).

Ok sampai dah si Joyah tu.. Kitorang pun terus lah merayap kat TS dari satu tingkat ke satu tingkat, dari satu kedai ke satu kedai.. 

Aku yang mengajak Kak Syida menyopping, tapi dia yg over beli hahaha.. Aku cuma nak cari sehelai palazzo je untuk nak pakai gi wedding cousin Nizam next week kat kampung Melaka. Baju tak payah beli sebab yang beli bulan lepas pun tak terpakai lagi. So nak cari palazzo untuk mix and match dengan baju. Aku dah warning Kak Syida awal2 supaya jangan pengaruh aku membeli banyak2.. Tapiiiii dia suka mengeluarkan tanduk setan dia pengaruh aku suruh beli juga.. Hishhh 

Ada lah jg 2-3 helai yang kitorang beli baju sama design.. (Mengadakan perempuan tu).. Dah lah pengaruh aku suruh beli, lepas tu nak sama pulek.. Hahaha lepas tu kita bleh buat boria kat funfair yer Kak Syida... Hahaha..

Dah penat berjalan 1 mall, baru terasa kebulur. Lepas dah melantak makan kitorang sambung lg merayap.. Sedar x sedar jam dah pukul 4pm, Aku call Nizam suruh kutip aku pukul 4.30pm kt tempat yang dia drop aku tu.

Done shopping mopping, Kak Syida pun turun ke parking amek kereta dia & Nizam pun sampai.. Sampai je rumah siap2, malam nak gi ber'potluck pulak kat rumah Anne. Huh! siang malam aku jumpa ko Kak Syida.. Hahaha puiiii... 


Sent from Samsung Galaxy Note

1 comment:

  1. I like looking through an article that will make people
    think. Also, thanks for permitting me to comment!

    Also visit my weblog :: Cecilia Matuszak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah